Panas baran bole diibaratkan seperti cepat naik darah , lekas marah , sangat pemarah dll. Sikap panas baran sememangnya akan merugikan sesiapa sahaja tanpa mengira tempat atau keadaan. Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan ? Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji. Tapi, bila kita letak diri kita di tempat orang yang mempunyai panas baran, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk tidak biarkan suatu dahsyat atau di luar kawalan berlaku? Apakah cara yang berkesan untuk mengawal perasaan marah kita tu?
- dekat kan diri dengan yg maha esa
- tenang kan diri apabila merasa marah
- berfikir dulu sebelum membuat apa-apa keputusan
- lihat jari-jari atau rumput-rumput untuk menangkan fikiran
- tidur seketika
Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya-Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya. Jika ada di antara kita ini ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah Islam dengan baik.
No comments:
Post a Comment